Penampal Kaki Buang Toksin

Penampal Kaki Buang Toksin
1 Peket = 10 Keping bersamaan 5 pasang
RM 20 termasuk poslaju 
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?
 
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Masalah Usus Dan Sembelit Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.



Apa Itu Penyahtoksifikasi?



Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.


Kelebihan Pembersihan Usus


Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

AMARAN !!
WABAK Penyebab TOKSIN melanda Malaysia, 

anda mungkin mangsa seterusnya...!!! 



ANDA TAHU TAK??!!!

Ramai yang tidak terfikir untuk membuang toksin dalam badan. Bayangkan jika seseorang itu tidak pernah menghiraukan apa yang dia makan atau mimum atau guna dari sejak kecil sehingga lanjut usia, apa yang berlaku dalam badannya atau ususnya tidak pernah diketahuinya. Maka ini bermakna secara tidak langsung dia telah mengumpul pelbagai jenis racun dalam badannya. Jika system semulajadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut, maka ianya akan mengakibatkan berlaku pemendapan asid yang akan menyebabkan berlakunya gatal-gatal, kurap, ekzema, gout, kanser kulit, kulit jadi kusam dan rambut akan gugur dan pelbagai lagi. Tanpa pembuangan toksin secara semuladi seperti pembuangan air besar yang berlaku setiap hari atau berpeluh, maka toksin yang terjadi dalam badan akan diserap semula ke dalam badan.

Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia lalu menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan secara semula jadi membabitkan dua organ utama iaitu hati dan usus.


ALTERNATIF LAIN MEMBUANG TOKSIN

Terdapat juga cara yang lebih ekstrem iaitu melalui proses yang dinamakan colonic irrigation atau mencuci usus. Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran yang ada di dalamnya. Ianya agak mahal dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf.  Oleh itu, kenapa perlu mengeluarkan kos yang mahal dan berisiko?

TANDA-TANDA TOKSIN DALAM BADAN 
-Pengumpulan toksin didalam badan, adalah PENYEBAB UTAMA pada PUNCA pelbagai PENYAKIT KRONIK seperti sakit jantung, kencing manis, sakit paru-paru, sakit buah pinggang, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit-penyakit kronik yang lain
-Kerap sakit kepala
-Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab
-Susah bangun tidur
-Bahagian keliling mata gelap
-Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit
-Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi
-Sinus
-Berat badan meningkat
-Kehadiran selulit
-Masalah jerawat dan banyak lagi

KEBAIKAN KEPADA PENGGUNA  PRODUK
-Buang TOKSIN dlm badan yang menjadi PENYEBAB UTAMA pada PUNCA pelbagai PENYAKIT KRONIK seperti sakit jantung, kencing manis, sakit paru-paru, sakit buah pinggang, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit-penyakit kronik yang lain
-Buang air berlebihan & cegah bau kaki
-Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
-Mengurangkan alergik, sakit sendi, sakit kepala (migraine)
-Menormalkan tekanan dan aliran darah
-Menguatkan sistem imunisasi badan
-Melegakan sakit tumit & tapak kaki
-Membantu masalah jerawat/resdung
-Mengatasi masalah sukar tidur

No comments:

Post a Comment